Wednesday, April 1, 2009

Assalamualaikum wrt

marilah sama-sama kita hayati, dimana kisah perit dan payahnya seorang yang bergelar seorang ibu dimana sanggup bersusah-payah membesarkan kita tanpa rasa jemu,putus asa serta tidak pernah putus-putus rasa letih dan kecewa. namun pada masa kini kita lihat ramai anak-anak muda yang tidak mengharagai pengorbanan yang pernah di lakukan oleh ibu mereka bak kata pepatah ada menyebut "seorang ibu sanggup membesarkan 8 orang anaknya tanpa rasa jemu, namun dalam 8 orang anak itu belum tentu seorang pun dari mereka sanggup membela ibu mereka apabila ibu mereka sudah tua. jadi saya berpesan pada teman-teman disamping mengingatkan pada diri saya sendiri, sayangilah kedua orang tuamu jika mereka masih ada kerana bila mereka sudah tiada, tak ada gunanya kita menyesal dikemudian hari .............................................

PESANAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


Khalifah Umar al-Khattab, beliau berpesan kepada tenteranya yang dihantar berperang: ”Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi musuh, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada musuh kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh. Kemenangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh-musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah"